KNB

Buah fikir seorang pandir.

SURUHANJAYA SIASATAN VIDEO LINGAM: SAH AHMAD FAIRUZ

Tunggu masa saja. Tunggu yang rasmi.

Semua orang tahu cerita “Correct, correct.” ini tentang VK Lingam dan Ahmad Fairuz. Cuma mahu dengar dari mulut Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Sahihlah. Memang Ahmad Fairuz.

Ada beberapa penemuan yang digariskan dalam laporan itu. Aku tulis sikit sajalah:

1. Video klip tersebut asli.

2. Kandungan isi perbualan benar.

3. Selepas Ahmad Fairuz, Lingam bergebang dengan Loh Mui Fah.

4. Ada bukti mencukupi dalam video untuk menunjukkan berlaku salah laku bagi pihak yang terlibat dalam video klip.

5. Ada sebab mencukupi untuk pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pihak terlibat yang telah melanggar Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan, dan lain-lain.

Ini saja? Entahlah.

Khabarnya laporan sampai 180 halaman. Banyak lagi agaknya yang diceritakan oleh Suruhanjaya.

Yang penting, apa selepas ini? Reformasi cabang kehakiman kita masih jauh.

Ngeri juga kalau para hakim kita boleh disusun bagai bidak catur. Kita terhegeh-hegeh ke mahkamah meminta keadilan, rupa-rupanya ada tangan yang sudah terikat.

Filed under: Politik, VK Lingam

8 Responses

  1. rastom berkata:

    Akhbar melayu semua bungkam. The Star saja yang berani.

    KNB: Tidur. Macam bos.

  2. Nazim berkata:

    Bro…180 mukasurat…panjang tu…habis lah Dr M…dan yg sewaktu ngannya…

    Cuma aku takut yg terpilih pilih jer dikeluar atau ada yg di jadikan bahan ugutan…atau teruk lagi semua tu under OSA.

    ”’kau nak lawan ya…nanti aku keluarkan bukti kau ni dulu”’ gamak nya dialog lepas ni.

    Kita tengoklah…sejauh mana…

    Nazim Khairil

    KNB: Siap ada dialog. Hahaha.

  3. KNizam berkata:

    x sabar2 nak tunggu episode seterusnya. hehe

    KNB: Macam tengok telenovela, ya?

  4. Mohamad Faizal berkata:

    hmmmm itu biasa .ini namanya separation of power. munkin kita perlukan Agong sendiri yang berkuasa melantik dan bukan atas nasihat badan eksekutif tetapi atas nasihat majlis raja – raja dan penasihat agong sendiri.

    KNB: Kalau korup sangat, guna monarki saja. Haha.

  5. pokopoko berkata:

    hurm..ni kes campur tangan politik gak neh..ade duit sume leh jadi,you shut,u get more,50%!!!banyak institusi yang tak boleh pakai skunk nie…

    KNB: Yang boleh pakai?

  6. Suruhajaya ada bagi cadangan supaya laporan itu dihebahkan kepada rakyat, aku rasa itu cadangan yang cukup baik, membuktikan sistem kehakiman kita bagaimana, Diharap laporan itu adalah telus, jujur dan tidak menutup setiap benda jahat dalam kehakiman.
    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

    KNB: Dah lama ditutup. Inilah masa untuk buka semula.

  7. syatir berkata:

    Pak Lah masih berkira-kira sama ada nak dedahkan laporan tersebut kepada umum atau nak simpan dalam laci je. Mungkin takut populariti kerajaan sekarang akan jatuh.

    My opinion, dedahkan saja kepada umum. Semua orang nak tahu. Lagipun benda tu bukan berlaku masa zaman beliau. And the most important is, popuraliti kerajaan sekarang memang dah jatuh.

    Apapun kita tunggu Jumaat ini.

    KNB: Nasi sudah jadi bubur.

  8. Nur Hakim berkata:

    Corect… corect… corect… hehehehe…!

    KNB: Bunyi macam korek pun ada. Haha.

Leave a Reply

KNB…

  • is humbled by Pep's tactical prowess. A treble, still. 1 month ago

Yang Singgah

  • 168,015 klik!

Yang Lama