KNB

Buah fikir seorang pandir.

PEMIMPIN GEREJA PUN MAHU UNDANG-UNDANG ISLAM, KITA?

Gambar: Ketua Uskup Canterbury, Rowan Williams.

Aku terlambat menulis isu ini. Maaflah. Banyak kerja yang perlu diselesaikan menjelang Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hujung minggu ini.

Hangat juga isu ini di media. Tapi sekejap sajalah. Sebab yang lebih penting sekarang ialah kisah orang naik pentas dan dapat kunci rumah atau guni baja atau kain batik. Haha.

Rowan Williams, Ketua Uskup (Archbishop) Canterbury dalam satu siri syarahannya yang bertajuk Civil and Religious Law In England: A Religious Perspective (teks penuh), telah meminta kerajaan Britain membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah secara terhad di Britain demi kebaikan penduduk Islam.

Syarahan tersebut disampaikan pada 7 Februari 2008 di Mahkamah Keadilan Diraja England. Kalau di Malaysia, macam Palace of Justice. Kompleks mahkamah.

Ada banyak perkara yang disentuh oleh Williams dalam syarahan tersebut. Antara kandungannya ialah pandangan beliau dalam menyeimbangkan kehendak kaum minoriti di Britain (antaranya Muslim) dengan prinsip undang-undang sedia ada.

Menarik juga apabila aku jumpa nama Malaysia sebagai antara nama negara lain yang timbul dalam syarahan tersebut:

In the particular case we have mentioned, the inheritance rights of widows, it is already true that some Islamic societies have themselves proved flexible (Malaysia is a case in point).

Apa maknanya?

Kalian kenalah baca artikel penuh. Williams cuba memberi contoh Malaysia sebagai negara yang mampu mengamalkan prinsip pewarisan harta bagi orang yang baru memeluk Islam.

Aku nak ulas panjang-panjang pun tak berani. Ilmu tak cukup. Kena tanya pemblog yang lebih berilmu, bab-bab agama.

Lanjutan daripada syarahan ini, Williams telah ditemubual oleh Radio 4, BBC dalam rancangan World At One.

Banyak juga penyataan beliau yang boleh kita fikirkan bersama-sama. Antaranya:

SATU
Beliau ditanya mengenai apakah pandangan beliau tentang tanggapan umum masyarakat Britain yang memandang undang-undang Syariah sebagai undan-undang yang kejam dan merendah-rendahkan golongan wanita.

Williams: “…and I think one of the points again that’s come up very interestingly in recent discussion between Muslim and other legal theorists is the way in which take for example the role of women; in the original context of Islamic law, quite often provisions relating to women are more enlightened than others of their day…”

Williams sendiri mengakui betapa Islam sebenarnya sudah lama mengangkat martabat dan peranan wanita. Maka, mengapakah dalam negara Islam ada pertubuhan-pertubuhan tertentu yang terkinja-kinja mahu hak wanita ditambah, tanggungjawab dalam agama dikurangkan? Itu aku tak faham. Kena tanyalah Sisters yang berkenaan, ya?

DUA
Beliau ditanya adakah cabaran untuk melaksanakan undang-undang Syariah ialah kerana tanggapan umum mengenainya. Contohnya, Mahkamah Hak Asasi Kesatuan Eropah secara terang-terangan menyatakan bahawa undang-undang Syariah tidak bersesuaian dengan demokrasi, maka undang-undang Syariah tidak boleh disesuaikan dalam apa jua cara.

Williams: “…That’s a pretty sweeping judgement and again I think it seems to me to suggest that the court is regarding Sharia as a single fixed entity and a great many Muslim jurists would now say that this is not how you need to see it; case by case within an overall framework of the principles laid down in the Quran and the Hadith. So I think there is a real question about how the discourse of human rights relates to traditional idioms of Islamic law; a real discussion, and there’s a lot of literature about that, but I don’t think we should instantly spring to the conclusion that the whole of that world of jurisprudence and practice is somehow monstrously incompatible with human rights simply because it doesn’t immediately fit with how we understand it, and as I said earlier, it’s not something that’s absolutely peculiar to Islam…”

Maaflah, panjang sangat. Aku kena petik semua, nanti tak sampai maksud pula. Jawapan ini jelas menggambarkan Williams menolak pandangan bahawa undang-undang Syariah itu jumud dan bersalahan dengan hak asasi manusia. Maka, mengapakah dalam negara Islam ada orang yang tak berhenti-henti bertempik bahawa kebebasan beragama dalam undang-undang lebih aula daripada agama itu sendiri?

TIGA
Beliau ditanya tidakkah tindakan seorang pemimpin gereja memberi pandangan tentang keperluan pelaksanaan undang-undang Syariah akan menimbulkan kejutan dalam kalangan masyarakat.

Williams: “…People may be surprised but I hope that that surprise will be modified when they think about the general question of how the law and religious community, religious principle are best and fruitfully accommodated…”

Itulah persoalan yang perlu diselesaikan dalam setiap negara yang mempunyai komposisi berbilang agama. Bagaimana untuk menyeimbangkan keperluan semua pihak, sambil tidak lupa pada prinsip-prinsip asas sesebuah negara.

Mungkin ada yang beri alasan, bahawa kita sudah mencapai tahap itu. Kita sudah laksanakan undang-undang Islam dalam bidang perkahwinan, kekeluargaan, urusan tanah wakaf, faraid, dan beberapa bidang lagi.

Apa pula bezanya dengan cadangan Rowan Williams?

Bezanya mudah saja. Kita negara Islam, kalau ikut kata Pak Lah dan Pak Najib.

Maka andai negara yang minoriti Muslim pun memandang pelaksanaan undang-undang Syariah sebagai antara langkah untuk meningkatkan persefahaman dalam masyarakat – bagaimana pula dengan kita?

Filed under: Dunia

8 Responses

  1. demang berkata:

    interesting entry, i like! agak2 pak lah dan konco2 baca tak entri kau nih? heheh..

    KNB: Pengintip ada di mana-mana!

  2. Rosli berkata:

    Sebabnya Islam itu sudah terbukti agama yang Indah. Semua ahlil kitab mengetahuinya tetapi mereka saja serongkan fahaman mereka untuk dunia. Read Shariah Islamic Law in Britain di http://www.roslihanip.com/world-news/sharia-law-in-britain

    KNB: Benar sekali.

  3. Affuan berkata:

    nanti pemimpin kita kena masuk gereja dulu lah nanti untuk belajar syariah daripada mereka. appa da pemimpin2 islam nih. kui3.

    KNB: Aku pening.

  4. mellow berkata:

    orang bukan islam nampak kebaikan hukum syariah… harap² cite nie dapat buka mata orang islam sendiri….

    KNB: Mata terbeliak pun kadang-kadang cuba dikatup.

  5. alhaddad berkata:

    tu la pasal…. nyamuk seberang lautan nampak, gajah depan mata di langgarnya…

    KNB: Hehe.

  6. Azhar Ahmad berkata:

    Hummmm, tapi bisko nih dah kena ban teruk kat britain….

    KNB: That sounds familliar, yes?

  7. kla67 berkata:

    paderi2 ni tau islam agama yg benar, tapi sebab ego mrk, mrk tak mengakuinya. Tapi percayalah, mereka semua teringin sangat untuk mati (menganuti) dlm islam…

    KNB: No comment.

  8. Hikmatun berkata:

    SAlaam alaikum w.b.t.. WOWW!!! menarik ya akhi, thanx so much for this post. Ambe mintak ijin nak tambah link ke sini dalam posting ambe yerr hehe. JAzaaakallahu khoirol jazaa’ :)

    KNB: Sila.

Leave a Reply

KNB…

  • is humbled by Pep's tactical prowess. A treble, still. 1 month ago

Yang Singgah

  • 168,015 klik!

Yang Lama