KNB

Buah fikir seorang pandir.

“ANGKASAWAN? MALAYSIA BODOH!” – MICHAEL BACKMAN

Siapa Michael Backman?

Seorang kolumnis antarabangsa yang memfokuskan penulisan dan analisis beliau pada perkembangan ekonomi dan politik benua Asia.

Tatkala Malaysia heboh dengan projek angkasawan tahun lalu, rupa-rupanya sudah ada satu artikel nukilan Backman yang tersiar dalam The Age, salah satu akhbar Australia.

Dah lama, tarikhnya 15 November 2006.

Artikel tersebut sebenarnya lebih memfokuskan tentang perkembangan Malaysia yang lebih banyak menumpukan projek ‘gimik’ namun tidak pula mengangkat martabat Malaysia pada mata dunia.

Dan salah satu kecaman Backman ialah pada projek angkasawan. Aku sertakan beberapa petikan saja. Nak baca artikel penuh, klik di sini.

Next year, a Malaysian astronaut will go into space aboard a Russian rocket — the first Malay in space. And the cost? $RM95 million ($A34.3 million), to be footed by Malaysian taxpayers. The Science and Technology Minister has said that a moon landing in 2020 is the next target, aboard a US flight.

There’s no indication of what the Americans will charge for this, assuming there’s even a chance that they will consider it. But what is Malaysia getting by using the space programs of others as a taxi service?

There are no obvious technical benefits, but no doubt Malaysians will be told once again, that they are “boleh”. The trouble is, they’re not. It’s not their space program.

It is time to move on, time to prepare the economy for life after oil.

But, like Nero fiddling while Rome burned, the Malaysian Government is more interested in stunts like sending a Malaysian into space when Malaysia’s inadequate schools could have done with the cash, and arguing about wealth distribution using transparently ridiculous statistics.

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid).

Komen aku?

Haha. Benda yang pahit sememangnya sukar untuk kita telan. Bagi aku, Backman bukan seorang skeptik bodoh.

Analisanya berasas. Bukan aku menggalakkan kita untuk tidak jadi patriotik tapi banyak fakta halus yang perlu dipertimbang.

Cinta negara kadang kala boleh membuatkan kita jadi buta. Semangat ‘Malaysia Boleh’ sememangnya bagus untuk kita merangsang pembinaan negara maju.

Tapi, kadangkala projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan memerlukan pertimbangan wajar, atau sekurang-kurangnya analisa tanpa sentimen mengenai kesannya kepada pertumbuhan ekonomi dan keseimbangan sosial di Malaysia.

Untuk rekod, petroleum Malaysia dijangka kering pada 2011. Malaysia akan jadi pengimport minyak.

Sudahkah kita bersedia untuk struktur ekonomi tanpa Petronas andai sekarang kita menyedut wang Petronas untuk projek-projek sebegini?

Jangan cepat melatah. Baca artikel beliau dan fikirlah sendiri. Tapi, kalau kalian mahu maki beliau pun aku tak kisah. Hantar saja ke ruang komen.

Filed under: Umum

92 Responses

  1. Bob berkata:

    Alahai, biasalah..mula-mula memang bertatih, bodoh tak reti berjalan. Lama-lama pandai lah. Mereka dulu pun begitu. Kan Bonzai?

  2. [...] “ANGKASAWAN? MALAYSIA BODOH!” – MICHAEL BACKMAN “ANGKASAWAN? MALAYSIA BODOH!” – MICHAEL BACKMAN Posted in Umum on October 18, … yang tersiar dalam The Age, salah satu akhbar Australia. Dah lama, tarikhnya 15 November 2006 [...]

  3. muizdanish berkata:

    Memang bodoh pun!!!!!!Membazir duit saje.Kalau duit itu kita gunakan untuk meningkatkan kualiti hidup kita,kan lebih baik!!!

  4. azrul berkata:

    aku setuju sebnarnya dengan artikel ni. memanglah ramai yang kata, mula-mula bertatih, kemudian berjalan, tapi ini bukan bertatih. bertatih ialah jika kita bangunkan teknologi aeronautik dalam negara, itu barulah bertatih. maaf, mungkin pandangan yang skeptik dan pesimis, tapi saya tak nampak kebaikan angkasawan ni.

  5. soulofmylife berkata:

    ada baiknya…kan ker dr sms tu pi saner wat penyelidikan…bkn p melancong…kene pkir +…org barat memang suker kiter gaduh sesm kiter nanti die senang nak masuk blk…gov dah wat kajian mndlm psl bnd nie….kalau stakat mmbazir x kan watnyer….so…yg ikut sgt propaganda barat tu…yg baik pun jd x baik…4 muizdanish…u should know that he done some research for certain diseases there..it’s for us to have a better life la tu…

  6. kerengga berkata:

    kalau betol pon nak naikkan nama negara,nak bagi nama malaysia dipandang dunia,nak tambah pelabur luar melabur dalam malaysia yang aku kira angan-angan semate-mate……perbetulkan dahulu sistem perundangan kita yang semakin lame semakin teruk pandangannya bagi orang luar….ingat pelabur luar bodoh ke nak melabur hanya kerana kita ada angkasawan negara….

  7. tooyid berkata:

    Whatever is it, I think Dr Syeikh is a qualified person dlm misi angkasa ni. Jangan lah buat judgement dulu sebelum kita tengok hasilnya. Kita dah lama ada program angkasa, cuba baca interview dgn Dr Mazlan dalam NST minggu lepas.

  8. zuriaf berkata:

    bagi aku program ni lebih ke arah pembaziran..walaupun aku tak bayar cukai sampai berjuta², tapi aku memang benci dengan pembaziran yang seakan² tak nampak hasilnya kepada perkembangan Malaysia ini..

    apa yang kita sebagai rakyat dapat dengan “mengaharumkan” nama Malaysia dengan cara pembaziran ni…??

  9. Muhtar Suhaili berkata:

    Salam Akhi;

    Terima kasih atas maklumat ini. Cuma tentang fakta ini, “Untuk rekod, petroleum Malaysia dijangka kering pada 2011″, boleh tahu sumbernya?

    Engineer, Oil and Gas Industry. :-)

    KNB: Maaf, Tuan Jurutera. Akan saya periksa fakta ini. Yang ini, saya petik dalam salah sebuah laman web. :-)

  10. leokid berkata:

    org tu dah ada kat angkasa dah pun, minggu depan nak balik. kenapa mash nak timbulkn lagi mcm2 isu?

    ibarat rumah dah siap, pahat masih berbunyi. sibuk je pahat tu.

    KNB: Dah siapkah rumah itu?

  11. fellow berkata:

    aku ingat aku je yang tak teruja langsung dengan program angkasawan ni.

    rupenye ade lagi.

    hahaha.

    bagus-bagus..

    bukak mata besar-besar…

    jgn perut je besar…

  12. Affuan berkata:

    Lalala.. Tumpang lalu… :D

  13. hanyasatu@ berkata:

    hoho..
    agaknya apa boleh buat dgn duit tu kalau tak hantar angkasawan kita?
    walau orang kata banyak boleh buat dgn nya
    tapi ada orang gak kata hantar g angkasa bagus rupanya…
    owh… ramainya anak2 kita bersemangat bila tengok nya…
    agaknya knape takde orang kata…
    membazir rupanya kita bagi subsidi pada rakyat jelata??
    owh..of course sbb dia ada kene mengena dengan kita.. kalau takda susah lah nampaknya…walaupun ngra tanggung juta2 kos nya..
    knapa tak dengar orang kata buat apa krajaan blanje juta2 jumlahnya utk pendidikan anak2 kita di luar ngra… walaupun ramai yang tak nak balik ke malaysia ngra yg tercinta??? tak tau lah jawapannya… sebenarnya ada banyak baik juga kita hantar mereka jauh pg ke angkasa.. sekurang2nya jangan jadi orang yg dengar cerita shja…kadang2 crita yang ada banyak tokok tambahnya… erm… membazir tak rasanya masa tunku kumpul duit rakyat jelata utk memulakan negara malaysia yang merdeka…

    KNB: Maknanya kalau ikut komen ini, membina negara merdeka samalah nilainya dengan menghantar angkasawan? Ada 38 negara sajalah yang baru terbina merdekanya. Haha. (Diikuti simbol tangan mengemis)

  14. kerengga berkata:

    hanyasatu@ Says
    ..”sebenarnya ada banyak baik juga kita hantar mereka jauh pg ke angkasa.. sekurang2nya jangan jadi orang yg dengar cerita shja…kadang2 crita yang ada banyak tokok tambahnya…”

    cerita ape yang ditokok tambah tu?..sibuknya nak tau cerita pasal angkasa..melabur berjuta-juta,untuk angkasawan semata-mata.. sedangkan rakyat yang miskin ramai lagi yang belum terbela..TU PON DENGAR CERITA LAA..tak tau laa pulak ade tokok tambahnye..=)

  15. biodpliupsi berkata:

    Kita boleh mengibaratkan yang mana “orang yang banyak berkata-kata atau ada sahaja yang tidak kena ibaratkan tin kosong, yang mana apabila ianya diketuk, mana berbunyi bising..” cuba kita membawa Islam sebagai suatu wadah dan apabila seseorang itu cuba melakukan sesuatu kebaikan yang positif…tidak salah kita juga berfikiran positif seperti yang Islam galakkan… Wallahua’lam…

  16. rm1juta berkata:

    Amerika pun ramai yang tak makan. Nasa sibuk dok hantar orang gi angkasa juga.Australia dah ada angkasawan ke???Depa jealous kot…

  17. faerrin berkata:

    errrr…ade pro dan kontra..duit yg banyak patut bole digunakan pade tempat2 yg lebih wajar..banyak sgt projek2 mega mutkhir ini yg dibangunkan secara tergesa2 dan secara serentak..dan mungkin bole menyebabkan bebanan hutang negara makin meningkat serta lebihan belanjawan yg memaksa kerajaan berhutang!!

    emmm…bagi aku elok jugak anto ke angkasa, tapi bukan skang..lihatlah..teknologi aeronautik dan aeroangkasa negara pun masih ditahap yg rendah, dan tahap penyelidikan bagi teknologi aeroangkasa juga masih ditahap yg membimbangkan..percaya atau tidak, singapura walupun tidak menghantar angkasawan, tapi teknologi aeroangkasa mereka jauh lebih baik, jauh lebih tinggi berbanding mereka, lihat saja teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) yg dibangunkan oleh singapura, juga melibatkan teknologi stealth! kan ke ini lebih membanggakan?? malaysia pun ade bangunkan tapi tidak begitu berkemampuan kerana dana penyelidikan yg kurang..bole juga dibanggakan oleh singapura dgn teknologi satelit mereka yg maju..

    dgn mase diangkasa yg x lebih 3 minggu, mungkin kurang dari itu..persoalanye, adekah si angkasawan mampu tuk buat penyelidikan yg berkualiti?? dan adekah penyelidikan itu mampu diguna pakai oleh org2 lain??..jawapannye mungkin bole, mungkin tidak..kite nantikan..

    err..lagi satu..kenapa org luar pgil cosmonout? bukan astronaut??

    KNB: Russia memang panggil angkasawan sebagai cosmonaut.

  18. rastom berkata:

    Untuk bacaan penyokong projek Angkasawan sahaja

    Dalam Islam ada adab dan tertib. Dalam budaya Melayu ada kata, “sebelum duduk jangan berlunjur”. Sebelum ke angkasa perbetulkan teknologi di bumi. Contoh: Teknologi bikin kereta nasional sudahkah 100% maju? Sudah untung? Sudah laku diekspot?

  19. nashr berkata:

    Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional…

  20. faerrin berkata:

    aku sokong rastom!!!!!

  21. Mohamad Faizal berkata:

    nak buat macam mana…duit rakyat nak buang…buang ler kat angkasa

  22. fellow berkata:

    mungkin…pak lah nak buat sumthing yang lagi besar dari ape yang pernah Dr.M buat utk Malaysia..mungkin..pak lah nak dikenali dengan bapa angkasa lepas negara…mungkin…ini satu cara pak lah nak letak nama Malaysia di mata dunia..mungkin..ini yang pak lah pelajari dari Dr.M iaitu,habiskan duit untuk mempopularkan Malaysia…Mungkin ya mungkin tidak..

    (aku pun tak mendaftar lagi…)

  23. CharmedMyas berkata:

    ala biasalah dunia… setiap benda yang kita bat ada pro dan contra.. ada baik dan buruk. (klise tak???)

  24. assalamualaikum…. saya bangga menyokong pendirian negara yang mahukan perkara terbaik untuk kita. kalau ada salah, betulkan. kalau ada silap, jelaskan. janganlah kalau ade pincang, kita sama-sama goncang…

    opppsss, minyak dah nak abis ke? buktikanlah kawan,,,

  25. joey berkata:

    at least dia (angkasawan) bleh makan rendang yang terapung kat angkasa lepas…..

    well….itu yang kita nak tengok kan???

  26. mdshaffir berkata:

    Assalamualaikum,

    Sememang nya negara kita kehabisan bekalan minyak menjelang 2010.

    Tidak salah kiranya kita dapat melangkah kaki kita ke angkasa lepas. Mungkin kita akan mempelajari sesuatu.

    Insyallah sepertimana kata Tuan Guru Nik Aziz, Mencari Ilmu itu Wajib buat Umat Islam. Taq kira la selama mana ia akan mengambil masa.

  27. rodziah berkata:

    Assalamualaikum…..
    Just singgah sebentar saja…untuk memberi pendapat….nak kata membazir tu tak juga nak kata tak pun tak juga…yea lah bak kata yang lain, ada pro dan ada kontra….tapi bila disoroti dari awal kos angkasawan ni bukan dibayar cash tapi hadiah sebab beli kapal sukhoi dengan rusia so hadiahnya boleh hantar angkasawan ke iss. so sebenarnya kira tak membazir la macam kiter kalo beli kereta kan hadiahnya Astro( dululah )…orang dah bagi amik je la…yang kita nak beli kereta tapi bagi hadiah yea astro ok kan …so gitulah kes nie beli kapal sukhoi dapat hadiah hantar angkasawan…. so ok la tu…..pastu aku kiter tengoklah sekarang nie satu malaya terutamanya budak sekolah ramai yang dah ada kesedaran malah ada mat rempit yang boleh tanya boleh ke nak merempit kat angkasa…amik positif la….dan aku tengok yang pergi tu DR SMS pun kira ok la….ada pegangan agama sikit….mungkin akan membawa pengaruh yang positif kot…. kita tengok la nanti….yang dah pergi angkasa tu nak komen membazir ke apa ke dah pun berlaku yang penting yang akan datang nie…..ok itu aje ….wassalam….

  28. sue storm berkata:

    eh korang nie… bersemangat patriotik lah sikit. dr.sheikh pegi space bukan utk melancong …beliau ada jalankan penyelidikan juga kan? korang tak rasa bangga ke malaysia dah maju sampai hantar angkasawan..memang tak wajar belanja sampai95 juta tapi janganlah kritik negara kita ataupun angkasawan kita…dr.sheikh cipta sejarah tau!!!

  29. Imran berkata:

    sue storm cakap:
    memang tak wajar belanja sampai95 juta tapi janganlah kritik negara kita ataupun angkasawan kita…

    sebab tak wajarlah orang kritik, kalau wajar orang tak kritik

  30. faerrin berkata:

    errr..cik rodziah..kalau hang nak tahu, duit belanje beli 18 bijik sukhoi tuh lebih dekat atau lebih rm1 billion..n tuk ke angkasa tuh belanjawan yg berbeza dari beli sukhoi..n perlu ditahu, research ape yg perlu dibuat jika hanye duduk diatas sane selame 10 ari..ingat..10 hari, bukan 10 minggu spt lain2 angkasawan..

    pelajar u pun buat research dekat sebulan, dua bulan..ape research nak dibuat dgn hanye duduk diatas 10 hari?? amek sampel boleh la..

    bukan nak perlekeh, tapi sila beri tumpuan pembangunan di bumi dahulu..lihat indonesia, sudah boleh cipta kapal terbang sendiri, tak perlu bergantung pade org lain, malaysia adekah yg tahu hanye import saje, sape tahu TUDM ade pakai kapal indon dlm perkhidmatan mereka, lihat singapura yg maju dlm teknologi aeroangkasa, malaysia adekah?? yg ade pun penciptaan eagle ARV satu ketika dahulu..tapi hampas..baik duit sebanyak tu, di perntukkan pade penyelidikan di bumi dahulu dah cukup mantap, baru la naik atas..dan lagi penting baik bagi pade si fakir miskin yg bersepah di bumi malaysia ni, ape kamu sume tak tonton bersamamu?? dan lagi wajar duit itu diberi pade pelajar u, dari tanggung beban hutang ptptn..

    errr..cipta sejarah?? mmg betol..tapi sbg pelancong ajelaaa…lau diikutkan afganistan pun da anto ankasawan mereka 18 atau 19 tahun lagi awal dari kite..percaya atau tidak?? ini realiti..

  31. faerrin berkata:

    errr..aku tambah lagi satu..kite beli sukhoi cume 18 bijik je, ingat, 18 bijik je tau..jumlahnye sgt sikit tahu?? dan nape si rusia bagi special treatment kat kite siap bagi bawak ke angkasa lagik..si china and si india beli sukhoi lebih 200 bijik..x dapat pun ke angkasa?? nape?? sbb derang da ade sistem tuk ke angkasa sendiri??..mane mungkin..

    n lagik satu si indon pun ade gak beli sukhoi, tak dapat pun ke angkasa..n mereka antara pelanggan utama rusia dlm pembelian senjata..lau x silap aku si vietnam pun ade gak beli sukhoi n mereka jugak ade banyak pesawat mig-21 bison (teknologi rusia) dlm pegangan mereka..pun x dapt pi angkasa..

    hahahaha…

    ingat free ke nak p angkasa..ni sume kos beb!!
    lau free..aku pun nak pegi..jadi pelancong angkasa..sume rakyat malaysia pun nak pegi..hahaha

    ape kate survey???hahahaha

  32. emanone berkata:

    rasehnyer bukan tader orang mesia yang takleh nak bangunkan ape2 research…tapi kebanyakan yang dah proofesional n banyak pengalaman sumer tanak keje kat mesia…tanak memajukan mesia…padahal ramai jek rakyat mesia yang genius….sumer atas alasan bayaran tak setimpal tapi dok kutuk2 mesia kekurangan nilah itulah…..kalau dah tau kite masih banyak kekurangan knape kite jek yang tak mulekan dulu takyah nak suh orang lain wat camnilah camtulah…..tak perlu nak komen sahaja tanpa apa2 tindakan…membazir boreh jek….huhuhu…

  33. Astrolose berkata:

    Pelancong malaysia pertama! Malayasia boleh melancong!

  34. walywaly berkata:

    Saya tertarik pada pulangan dari beli Sukhoi..
    salah satunya ialah
    1)program angkasawan negara
    2)penyelenggaran sukhoi oleh Rusia selama 30 tahun
    3)perkongsian teknologi sains angkasa lepas Malaysia and Rusia

    sebagai salah seorang bakal pegawai kejuruteraan dalam TUDM,saya mestilah lagi suka pada tawaran kedua iaitu penyelengaraan Sukhoi selama 30 tahun oleh Rusia..(senang la kerja nanti)huhuhu

    tapi kenapa kerajaan pilih nak hantar angkasawan ?

    saya ada satu cerita nak bawakan..
    Kalo korang nak tahu..,masa Russia hantar Yuri dulu pun,org byk ckp mcm ni jgak..risiko la,takut rugi la..n mcm2 lg…
    then ada sorg budak kcik kat U.S yang minat sgt ikuti cerita2 dan proses penghantaran Yuri ke angkasa lepas..hasil daripada menghantar Yuri ke angkasa lepas,telah menjadi inspirasi kepada budak tadi utk belajar bersungguh2 dalam pelajaran dan ilmu tentang angkasa lepas..
    itu dulu..
    sekarang sapa beliau?beliau ialah pengarah Nasa sekarang.Orang yang cipta kapal angkasa utk hantar Yuri pun skg kerja dia bawah dia skg…

    besar tak pengaruh pemergian Yuri,org Rusia ke angkasa kepada budak U.S tadi?

    sekarang kalo kita tgk dalam majalah2 kanak2 ,cth majalah kawan,bintang kecil dsb.
    kita baca dekat column ruangan berkenalan
    ramai budak2 yang tulis nak jadi angkasawan…

    sedangkan Yuri org Rusia boleh menjadi inspirasi kepada kejayaan org U.S yang jadi pengarah Nasa td.

    Takkanlah kejayaan menghantar Dr Sheikh (org Malaysia) ke angkasa x boleh jadi inspirasi kepada anak2 kecil kita kini utk kejayaan dalam bidang penerokaan angkasa lepas pada masa akan datang?

  35. sherry merry berkata:

    soal kemiskinan, kemelaratan rakyat malaysia, sama ada yang dipaparkan atau tidak oleh rancangan bersamamu di tv3, bukan alasan untuk kita menutup mata tentang kebaikan projek angkasawan. sebabnya, kita sudah lama ada formula untuk membasmi kemiskinan dan kemelaratan.macam2 agenda yg kita ada. namun dek kerana pelaksanaannya yg bermasalah, ditambah sikap ’si miskin’ yg suka menadah, kita akhirnya dibanjiri deraian air mata yg cuba dipaparkan oleh syrkt faiza basmathi (sbg tggjwb sosialnya). mari kita bukakan mata, mengapa agaknya warga indon dan bangla,china, dan sebagainya sanggup bersusah payah merentas sempadan dan lautan, menanggung risiko datang ke negara kita? dan akhirnya, manusia ini tidak pulang ke kampung halaman dengan tgn kosong….bgmana dgn keadaan ’si miskin’ negara kita?

    projek angkasawan…..tidak ada salahnya. setelah sekian lama, pembangunan teknologi angkasa lepas kita suram…kini semua memasang telinga, membuka mata…..biar dia pergi cuma sepuluh hari,tapi nilailah apa suntikannya kepada negara. lihat fenomena terkini anak2 muda. si kecil petah mulutnya mahu menjadi angkasawan. mat rempit yg asyik dgn dunia mereka pun kini sudah peka dgn kemajuan(bukan motor dan jln raya jer yg ada kat malaysia ni), dan gadis2 muda…kini sibuk memasang angan2 ingin bersuamikan angkasawan( xdela asyik merendahkan martabat diri, x sedar betapa diri mereka bernilai, sehinggakan bg mereka sugar daddy, mat2 ganja dan dadah shj pilihan terbaik yg wujud di muka bumi). ini contoh mudahla….yg lain kita boleh fikir sendiri.
    projek kerajaan yg baik, kita sokong sepenuh hati. tapi yg jelasnye, yg patut dikutuk adelah org2 yg suka nak makan duit haram.cthnya,org2 atau jbtn kerajaan yg dilaporkan oleh auditor general baru2 ni-beli alat tulis nilai rm60, tapi tulis dalam resit smp beribu2! masya Allah..

  36. Malaysia BODOH! berkata:

    I’m AGREED

  37. Malaysia BODOH! berkata:

    Aku mmg setuju dgn artikel ini,MALAYSIA mmg bodoh dan pemimpinnya juga.Sejak kepimpinan Pak Lah bermula,segala kemala petakan berlaku,dia x layak utk jadi pemimpin.Dia hanya tau dipimpin oleh orang lain.Membazir sbyk RM95 juta utk bende bodoh,dpt ape? Kan kite boleh dpt maklumat dari internet,susah2 nak kuarkan duit byk2 apsal? Sumbangkan kat anak yatim piatu ke,bina sekolah,bina masjid,bantu orang2 ISLAM ke kan lagi diredhai ALLAH.

    Mmg melayhu bodoh,otak x de.Makan rasuah kuat,tipu org kuat.Celaka punya Malaysia (Malaise) yg bermaksud rakyat yg malas lagi buduh.Orang2 yahudi di Israel ketawa tgk kite dan berkata ‘Alangkah lemahnya negara ISLAM ini’ mmg bodoh,kalo dijajah lagi,100% malaysia akan kalah.Bodoh byk mkn belacan

  38. walywaly berkata:

    hmm..
    naseb bek aku pun Melayu kacuk..
    mcm che Det…
    huhuhuhu

  39. niza berkata:

    hantar ke angkasa tu langkah pertama…walaupun ramai yg rasa dr sheikh tu cuma pelancong angkasa, sekurang2nya dia dah tunjuk yg org malaysia tak de la lembik n layu
    pasal org2 miskin yg ada kat malaysia n bersepah di merata ceruk, aku setuju dgn sherry merry…bace je tulisan en. knb tajuk “LAGU ‘RASA SAYANG’ MILIK INDONESIA?” rakyat indo pun cakap bangsa malaysia pemalas
    sama2 la kita majukan diri yer…semoga bermanfaat utk diri sendiri n org di sekeliling kita

    wallahualam

  40. jusat a thought berkata:

    saya rasa rakyat malaysia pun boleh liaht sendiri ape yang berlaku kepada ‘angkasawan’ kita tu bile dia kembali ke m’sia..mcm satu petanda kan?

  41. ragingheart berkata:

    Saya tak tau apa nak kata kat kerajaan ni … buat kerja tak pakai otak.. mereka senang-lenang duk kat rumah.. tak pernah ambik tau kesusahan rakyat malaysia .. basir billion ringgit untuk 1 orang.. umpama jahiliah dalam arab kuno.. bodoh dan sesat. kalau Allah tau perkara ni, mesti sakit hati bahawa ada manusia yang bodoh ni menjadi pengikutnya.. celaka betul .. harga barang selalu naik,tapi gaji tak pernah naik.. susahnya kehidupan masa kini.. Pak lah oi pak lah… kamu patut sedar…Dengar cakap Mahathir kan bagus ? sekurang kurangnya, dasar mahathir adalah dibuat untuk pembangunan negara dan rakyatnya…

  42. ragingheart berkata:

    kapal terbang pun tak erti nak terbang,tentera malaysia pandu helikopter tumpas berapa kali dah?kalau ada duit, latih dari segi teknikal dulu.. memang bodoh.. nak bincang apa projek angkasa????

  43. jon berkata:

    biasa lah kita…masa buat jmbatan penang pun ada yang bantah…skrang

  44. walywaly berkata:

    salam…nak tegur sket ayat dari ‘ragingheart’ yang tulis perkataan “kalau Allah tau perkara ni”
    how come you can say that?Allah memang Maha Mengetahui pun…knapa nak ltak perkataan “kalau”?
    Moderator pun…bg la komen balik kalo dah baca mana yang tak kna tuh..

    pasal kapal terbang tu…aku rasa duit patut banyak dkat beli kapal terbang baru…bkan yang terpakai yang orang nak buang dah..
    dari segi kemahiran pilot aku rasa xda masalah,yang terhempas slama ni pun pasal technical error,bkan human error

  45. malaysianpeople berkata:

    saya rasa rakyat malaysia pun boleh liaht sendiri ape yang berlaku kepada ‘angkasawan’ kita tu bile dia kembali ke m’sia..mcm satu petanda kan?

    Kedua – duanya pun ada masalah

    KNB: Jangan percaya khurafat. Haha.

  46. shafiq berkata:

    sekarang negara kita(malaysia)dah tak tentu arah sebabnya pihak luar telah campur tangan dalam urusan kerajaan kita…..nak kata malaysia bodoh pon tak sebab @@@@@@@@ yang membodohkan negara sendiri jika semua tak setuju tak pe la saya cuma nak luah kan perasaan……pandangan saya tentang program angkasawan membazir semata-mata kerana terlalu mahal harganya hingga 95 juta USD jika gunakan wang itu untuk membangunkan negara kan lebih berbaloi berbandingkan ke angkasa semata-mata cuma nak buat kajian….masalah terkini hindruf pula menghuru-harakan megara kita satu malaysia kecoh dengan kejadian itu…..kerugiaan mencapai lebih sejuta ringgit malaysia…..fikiran saya mengatakan bahawa saya memilih 50% malaysia bodoh dan 50%malaysia pandai

    KNB: Fikiran aku mengatakan aku 50% malas dan 50% mengantuk.

  47. lydiarayyan berkata:

    hmm…..suwsah nak cakap….hujan batu pun di negeri sendiri…..tp biler pk pk, kalau rakyat je nak concern pasal negara..pemimpin2 yang pegang duit ni tak pandai manage suwsah jugak……ade baiknye join program mcm tue..lantakla tumpang ke pegi sendirik ke..cumer…ntuk negara ni..bagi aku still bukan priority la….banyak lagi bende lain leh buat….contoh paling tak yah pikir….kalau guna 95juta tu..tv3 takyah wat la rancangan bersamamu lg…..kalau pikir2 sure lagi banyak bende lah buat…..

    hehe..skadar pendapat je…..

    KNB: Bersama Angkasawan jadinya sekarang.

  48. Ir berkata:

    pendapat michael blackman ni adalah secara global dan analisis dan ianya mgkin betul..
    kbyakan negara yg terlibat dlm penerokaan angkasa ni bermula dgn membina industri dan kepakaran dulu dan penghantaran astronout adalah yg terakhir..
    seperti roskosmos-rusia,nasa-us,esa-europe,jaxa-jepun,cnsa-china,isro-india dan agensi ngra2 lain lebih menumpukan kepakaran dan menguasai teknologi dahulu..
    tidak malu kah m’sia dgn india semasa pengumuman india akn mghantar astronout sendiri dgn spacecraft buatan sendiri di jangka pd 2014 dn berpendiriran tidak akan bergantung atau menjadi ‘piggyback’ kpd rusia atau usa walaupun mengambil masa 20 thn lg

    KNB: Piggyback? Aduh…

  49. innocent berkata:

    1st memang setuju ia satu projek yang membazirkan duit tax payer.
    2nd Dr. SMS dihantar nun jauh di sana kerana dia ada nilai komersial berbanding calon-calon yang lain.
    3rd Maybe PM sekarang cuba positioning structure tempoh pemerintahan beliau sebagai pemerintah yang melangkaui batas. Ops! Melangkaui bumi dan langit.
    4th 95juta USD dibahagikan kepada 24juta (anggaran) rakyat Malaysia equal to RM15.00
    5th Kerosakan dalaman melemahkan struktur negara apabila wujud kepincangan di dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan
    6th Ada pihak yang memerhati kita dengan perasaan lapar dan dahaga dan kini menanti peluang untuk membaham kita dengan rakus ketika kita lalai dengan “BOLEH”
    7th Kita makin kecil di tanah sendiri. Tiba satu masa nanti tanah yang dipijak bukan atas nama Melayu dan ini bukan salah orang yang membeli tanah itu tetapi Melayu sendiri yang lupa diri apabila RM merajai hati.
    8th Dalam keterpaksaan untuk meneruskan hidup yang menuntut RM banyak yang harus dikorbankan. Benarkah? Atau ini dikatakan sebuah kehidupan?
    9th Melayu suka cakap belakang. Adakah sama juga dengan orang di sini? Don’t talk without any action. It’s totally rubbish. No mean at all.
    10th Sebatang paku boleh melukakan kaki tetapi apabila paku-paku dipijak oleh kaki yang sama, adakah akan masih lagi terluka kaki dia? Ini semua sains. Jangan luka kan lagi Tanah Melayu. TANAH MELAYU.

    KNB: Sepuluh tu….

  50. bulan & bintang.. berkata:

    emm..
    apa yang malaysia buat ni..
    nak tunjuk kat dunia luar..
    malaysia boleh buat seperti apa yang mereka buat…
    DR. SMS..tu pergi ke angkasa,bukan saje2..
    ada experiment yang dia buat…
    DR. SMS..tu ibarat HERO MALAYA…

    KNB: Hero pingpong Malaya!

  51. [...] its opportunities are running dry Artikel nih da lama, cuma aku terjumpa bila melayari blog KhairulNizamBakeri. Beliau ade gak komen sikit2, klo korg nak bace, silakan bace. Ringkasnya artikel ini menyatakan, [...]

    KNB: Terima kasih kerana sudi mampir.

  52. rightbrainer berkata:

    rasa nak gelak bile gambar SMS diletak dalam friendster la, MySpace le, jadi gamba profile Skype, YM… budak2 perempuan kite la.. pe sangat la yang diaorang paham pasal program angkasawan ni melainkan Dr SMS tu hensem..

    program ni, bagusnye hanya untuk melariskan nama Malaysia… baik atau buruk, nama Malaysia terangkat sket… walaupun kita hanya menumpang… ^^

    KNB: Laris macam Restoran Rebung. Haha.

  53. hakim_uthm berkata:

    alah, kalau negara kita buat ape-ape mana pernah mendapat sokongn mat salleh..Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berjaya mencapai perpaduan melalui tindakan menyokong dan melahirkan rasa bangga sebagaig rakyat malaysia. penilaian beliau bersifat fizikal semata-mata. kalau ikut pendapat dia, maka kita tak payah majukan pape bidang selain ekonomi jer. politik melalui usahasama pun tak payah. hakim rasa sudah tiba masanya Malaysia memulakan langkah berani untuk menerokai perkara baru untuk negara kita. Memang kejayaan perlukan pengorbanan. Abang nizam komen sikit

    KNB: Berani saja tak cukup. Duit rakyat bukan macam cecair tabung uji. Boleh buang saja dalam sinki kalau salah uji.

  54. org bt pahat berkata:

    tlg la jgn dok gaduh je sesame sndri..naik menyampah bce komen kutuk mengutuk ni..cube la pk kn sme2 ng pmimpin kte tu ape yg nk d wat..org luar ske je klo tgk kte gaduh..plz la sdar skit..sdra yg empunye wbsite ni tlg tapis skit ayat2 yg p`komen2 gunekan tu ye..ade ayt tu nmpak cam ley wat phak lain naik angin je..PLZ TAKE NOTE FOR THIS !!!!…MALAYSIA STILL BOLEHHH !!!!!…..

    KNB: Noted.

  55. ameer faqeer berkata:

    huh.terima kasihlah untuk komen kalian.benar-benar membuka mata aku.melihat kejanggalan kita berfikir dan menganalisa.
    tak apalah.itu hak kalian.
    aku melihat dari perspektif seorang miskin yang ingin melihat negara menjadi kaya.
    akau taknak negara sekadar tolong orang miskin macam aku dan negara akan jadi miskin sampai bila-bila.
    aku nak jadi faqeer yang lemah hari ini untuk melihat negara pada hari esok kaya dan golongan seperti aku hilang daripada pandangan kanta sama ada mata atau hati.ini korban seorang faqeer.
    aku seperti kalian yang bencikan pembaziran tapi juga bencikan kejumudan.
    teringat aku kata M.Nasir…
    yang menyeru untuk kita melihat sesuatu dari mata burung dan bukan dari bawah tempurung.pandangan seekor burung luas dan universal.
    bukan lihat dari bawah tempurung..
    apalagi kalau tempurung yang sememangnya kayu, tidak lutsinar dan lutcahaya
    kita perlukan cahaya itu dalam mentafsir fikir dan menganalisa jiwa.

    agaknyalah…..

    KNB: Insaf dalam kefakiran…

  56. edy berkata:

    “Semua Orang Bodoh Didunia mengkritik, mengutuk dan mengadu di mana kebanyakan dari kita melakukannya”
    Benjamin Franklin

    KNB: Pepatah berguna.

  57. ash berkata:

    erm.. tak de bende lain dah ke nak kutuk org islam n malaysia? jealous! pada pendapat saya, soal kita tumpang org nak gi space, bukan isu utama. soalnya kita dah ke sana. bagaimana kita dapat terpilih ke sana juga, bukanlah satu isu yg penting. apa yg penting ialah, warga (islam) malaysia dah jadi angkasawan dan setanding dgn angkasawan rusia n amerika! ok? sehingga berjumpa lagi.. tunggu komen seterusnya..

    KNB: Saya tunggu. :)

  58. milamill berkata:

    Marilah kita semua bersatu..
    Kutuk mengutuk boleh buat jemu..
    Kesian kat Pemimpin2 kita yang dulu2..
    Anak Bangsa sekarang dah tak nak sebulu..

    Ini bukan la pantun..cuma suara hati aku.

    KNB: Suara hati aku pun.

  59. Pjoyz xXx berkata:

    Kajian paling berguna :

    Aplikasi solat diangkasa. Ada sesapa pnah wat selain dari Malaysia?

    Nak harapkan Rusia dan AS, haruslah takkan berlaku kan…..

    p/s : Setuju ngan ameer faqeer

    KNB: Setuju.

  60. nahusifos berkata:

    A’kum, sy bukanlah pro kpd kepimpinan pak lah maupun Mahathir..tapi ader bebarepa projek yg sy sokong dan ade plak yg pd sy sunnguh merugikan..yg paling sy xsokong yerlah program angkasawan..meh kite recap balik aper yg boleh kiter manfaatkan drpd projek2 gergasi kerajaan, 1) projek msc- yg nie aku sokong & antara aku fikir bijak sbb apa…drpd projek nie plabur2 asing khususnya company2 besar luar negara datang mlabur kt malaysia..mahathir buat satu platform yg support aktiviti2 informtaion teknologi pastu plabur2 asing dtg setup operation dier kat malaysia contohnyer tpm(technology park malaysia) kt bukit jalil, 2) projek smart tunnel kt Kuala Lumpur..ini aku sokong sbb selain berfungsi sebagai jln alternatif ke pusat bandar..dier jgk berfungsi sebagai penyerap air hujan dr takungan lembah kuala lumpur..pastuh air tersebut di flushkan ke tempat lain..ini pd aku projek bijak..skurang2nyer biler time hujan xderlah aktivti2 ekonomi tergendala..tapiiii yg paling aku xfhm projek angkasawan..bernilai rm 95 juta..mmg lah org kata menaikkan nama negara..tapi adakah stimpal ngan kos perbelanjaan utk tujuam tersebut..mereka kata buat penyelidikan..research apa kalo dibuat dlm 10 hari aje??..persoalannyer adakah ia membantu rakyat dari segi ekonomi??, sosial??..dan sebagainyer…btul x?

    KNB: Banyak betul soalan. Mungkin takkan ada jawapan.

  61. Ahli ekonomi jalanan berkata:

    Bagi seorang ahli ekonomi, kita memandang bahawa duit kerajaan adalah suatu sumber yang terhad. Wang ini tidak seharusnya dibazirkan hanya untuk mendapatkan nama. Sebaliknya banyak lagi perkara yang boleh digunakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat. Dari aspek pendidikan, perumahan rakyat, dan sebagainya masih memerlukan perhatian kerajaan. Dalam masa 4 tahun pemerintahan Pak Lah, beliau sudah gunakan RM 720 Billion wang negara kononnya untuk projek pembangunan.

    Bagi aku projek angkasawan ini sebenarnya suatu pembaziran!!!!!!!!!!

    KNB: Bagi Pak Lah tidak.

  62. hajaraznam berkata:

    Malaysia banyak memikirkan tentang “boleh” dan tidak memikirkan tentang “akibat” yang bakal diterima dari setiap benda yang cuba di “boleh” kan oleh Malaysia. Bukan hanya sekadar program angkasawan tetapi banyak juga projek2 yang dilakukan yang aku rasa membazir dan sepatutnya perlu memerlukan research yang lebih mendalam bukan sekadar “kita boleh buat” tetapi kita kena fikir juga apa implikasi kepada perlaksanaan projek tersebut dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh projek KLCC, Stadium Bukit Jalil dan juga Smart Tunnel. Orang kita memang cukup malas nak buat satu research yang detail bagi setiap projek. Mereka hanya fikir projek tersebut mesti dilakukan dan mesti buktikan malaysia boleh. Kita ingin dikenali di dalam peta dunia kerana KLCC,KLIA dan Sepang Circut sedangkan negara2 lain dikenali dalam peta dunia kerana ketamadunnannya. Pada pandangan saya Tamadun malaysia yang mungkin boleh dianggap
    tamadun adalah Putrajaya tapi mereka yang berada di putrajaya juga mungkin belum bertamadun pemikirannya. Orang kita mudah ambil mudah dan hanya tahu mengamok bila orang lain mengata tentangnya. Tak boleh disentuh. Sikap inilah yang harus diubah. Think before you act!

    KNB: Paling susah diubah.

  63. kekura berkata:

    research amendenye berbelas hari. buat kajian geografi form 2 bolehlah. orang lain dok sana berbulan-bulan buat research dan ada hasil. banyak juga research yang makan tahun. dah la tu naik ‘teksi’ plak tu. gimik semata-mata. aku tak kata dr. tu tak layak pergi. aku cuma nak kata ianya hanyalah pembaziran. kalo malaysia hantar dia kat sana pastu buat research betul2 (standard universiti la), pastu research yang boleh memberi kebaikan kepada malaysia macam dia tu doktor, buatlah research mendalam pasal bidang perubatan. barulah nampak keperluannya. ini tidak bahan nak research pun prof2 U tempatan yang tolong carikkan. sekurang-kurangnya dennis tito (pelancong angkasa pertama) buat research untuk syarikat dia sendiri.

    KNB: Teksi. Hehe.

  64. kekura berkata:

    kalau nak mengharumkan nama malaysia banyak caranya. contohnya melalui sukan. sukan badminton yang baru nak terer balik dah timbul masalah, takraw & silat yang kita perkenal kat dunia tak sampai 50 tahun pun negara lain yang banyak kuasai?
    rahsia kejadian kat muka bumi ni banyak yang blum kita, org malaysia bongkar lagi. malah kereta malaysia belum 100% design tempatan walaupun setiap tahun IPTA dan IPTS kluarkan beribu lulusan engineer setiap tahun, sistem dan teknik pendidikan(tadika, SK, SMK, IPTA, especially bawah kelolaan kerajaan) di M’sia pun belum maju dan efektif dll.
    tapi masalah utama org malaysia ni samada lebih mudah mengutuk atau memuji. kita mudah kata apa orang lain buat especially barat, itulah yang bagus n cool(termasuklah program angkasa, Formula1, muzik, bahasa depa, seks bebas dll) apa yg ada kat kita(proton, modenas, bahasa melayu, kesopanan, Islam dll) kita tak berasa bangga, amal, manfaatkan atau majukan. tapi satu pihak lagi (kerajaan) buat program ikut suka hati je. takde kajian lebih dlm, dan bila perlaksanaan, semuanya asal jalan sudah. janji paklah leh celen dr. m. lepas ni saper lak nak celen ‘pencapaian’ pak lah.aper die org ingat duit rakyat malaysia ni duit kompeni die? senang2 nak belanja sampai negara berhutang, terpaksa minta IMF. masa tu paklah n the gang dah dlm kubur bolehlah dia lepas tangan masalah negara.
    janganlah kita, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    KNB: Di mana-mana.

  65. org kampung.. berkata:

    orang kampung rasa, program menghantar angkasawan lebih kepada pembaziran.
    lagi pula, yang dihantar itu adalah seorang doktor..

    mengapa tidak dihantar saintis2 negara yang mana keutamaan mereka lebih kepada r&d,
    jalankan penyelidikan bertahun2 dibumi malaysia.
    adakah dr sms telah bersedia dari segi ini??
    kalau yer, maka 10 hari jejakkan kaki ke bulan mungkin rasional dan logik untuk diterima..

    penglibatan dr sms ke angkasa mungkin tidak lebih dari menimba pengalaman buat dirinya dan mengambil sampel di bulan untuk negara..
    tiada sebarang susulan lanjut yang dibuat dari program ini. lebihnya hanya jelajah negara, beri sepatah dua kata dalam majlis, terbitkan buku biografi beliau, dapat penghormatan negara dan akhirnya kembali bekerja di tempat kerja lama sebagai seorang doktor seperti sediakala.
    janganlah pula kita perasan sendiri bagai pepatah ‘menang sorak, kampung tergadai’.

    bagusnya, dr sms boleh diangkat sebagai ikon malaysia dalam bidang keilmuan..
    lihat saja pengaruh yg dibawa oleh datuk s*t*i,
    berbondong2 muda remaja kita mahu jadi artis,
    mahu jadi bintang realiti.

    kan bagus kalau kita dari merangkak, kemudian bertatih dan berlari.
    walaupun ia mengambil masa yang panjang dan rasa perit jatuh sungkur. akhirnya kita boleh tersenyum bangga dengan pengorbanan yang diberi..

    patutnya, duit yang ada disalurkan ke bahagian penyelidikan. perkukuh dan mantapkan dulu bidang aeroangkasa negara.

    UK terkenal sebagai tempat menimba ilmu terunggul pun bukan atas sebab kepandaian warga tempatannya semata2.
    mereka sanggup menggaji kebanyakkan saintis2 luar (rata2 nya dari negara asia tengah) untuk membangunkan sektor r&d dan institut pengajian tinggi mereka.

    apa nak buat.. negara sendiri lebih mengutamakan pandangan mata orang luar dari mendengar pendapat rakyat tempatan. low class katanya…

    KNB: Kampung di mana?

  66. hoaxes berkata:

    bazir 1 billion?..ape la.. kalau la duit tu digunakan utk bantu anak2 yatim, fakir miskin, orang2 yang x berkemampuan kan bagus…byk tu dowh!..sedangkan rm15 bagi diorg yang susah…x yah diorgla kite sendiri pun dah kire besar..ni kan 1 billion..yang nyatanyer diorg beli bape sen je…tp duit komisen yang lebih diagih2kan antara broker2 dan orang yang meluluskannyer..agak2 kalau x nak bayar komisen letupkan aje broker tu…pastu nak tutup yang diorg ni makan komisen bawakla Dr.sms ni gi bulan bintang…tu yang statement 95 million…tapi realitinyer mencecah 1 billion..dari sudut sejarah lak setakat lepas awan je la yang boleh sampai…kalau kata dah betul2 sampai bulan bintang semua membohong je…yang dah pernah sampai nabi je..x yah la nak create satu idola dengan cara pembaziran begini untuk generasi akan datang..sedangkan rakyat semua merana terhadap pembaziran yang dilakukan…malaysian idol kan ade..budget pun murah…..nyanyi2 je..x yah susah2 nak perah otak buat kajian…semua org suka…dari kecik sampai yang tua suka…duit x kuar…sms duit masuk…

    KNB: Yang senang lebih disenangi.

  67. Naning berkata:

    Aku rasa ada pro dan con. Duit memang abis banyak tapi tau tak korang berapa ramai anak anak kita dan mengubah cita cita mereka dari nak jadi askar dan polis dan doktor kepada nak jadi angkasawan dan astronomi. Cita cita itu penting bagi anak anak Malaysia untuk mengubah masa depan.
    Apa cita cita korang dulu?
    Korang dah jadi apa sekarang?

    KNB: Jadi blogger. Haha.

  68. emet berkata:

    Bukankah itu satu pelaburan? Modal besar untung besar… :D

    Kalau 39 tahun dahulu Russia atau Amerika tidak menghantar angkasawannya ke orbit dan “bulan”, adakah mereka maju seperti sekarang?

    Tolong fikir2kan…

    KNB: Sedang fikir.

  69. TokBatinMay84 berkata:

    Malaysia Bodoh….

    Ala…. sebelum pandai semua org bodoh, depa dulu pun bodoh gak dan sampai la ni pun masih bodoh lagi rasenya. Tapi dlm soal ngantar angkasawan ni rasenya M’sia tak bodah cuma kureng cerdik je.. cari le cara yg tidak banyak perabiskan duit rakyat, ntah2 ade komisen kot.

    KNB: Macam Scorpene. Haha.

  70. Mr.Bilik Sebelah berkata:

    Michael Backman tu yang bodoh.. Kalau dia pandai, kenapa baru hari ni aku dengar nama dia? Kenapa dia tak popular?

    Ala, dia jeles.. Dia tak dapat pergi ISS.. Tu la orang putih, dengki… Dia je nak lebih..

    KNB: Dia tak pernah ke angkasa.

  71. Ahli ekonomi jalanan berkata:

    Salam..

    Yang menjadi masalahnya skarang nie, masih banyak lagi benda yang boleh digunakan untuk duit tu. Duit pembiayaan ke angkasa tu adalah duit rakyat dan duit kita semua. Maka, aku rasa adalah sesuai digunakan untuk meningkatkan kebajikan rakyat. Masalah banjir di Johor pun belum selesai. Begitu juga dengan negeri-negeri lain. Masih banyak lagi projek yang dikatakan memerlukan pembiayaan kerajaan persekutuan. Maka ada baiknya duit itu digunakan untuk itu semua. Kalo takat nak buat kajian, kat bumi pun boleh. Lainlah kalo negara kita da kaya sangat.. ni duit subsidi minyak pun kerajaan nak potong, mcm mana? pening…

    KNB: Ramai yang pening.

  72. globalmalau berkata:

    Setelah diambil kira pendapat yang ada dan rasionalnya kita batal sajalah terbang kali kedua ke ISIS…kita buat yang lain dulu…kita gunakan kos tu untuk pendidikan disekolah rendah dengan mengutamakan Pendidikan AlQuran…itu lebih utama untuk setiap manusia dibumi ini…dengan amalan dari alQuran barulah kita dapat melepasi angkasaraya sekelip mata aja….alam ruhaniah yang ada pada setiap manusia melebihi standard…cuma ada yang tak tahu langsung atau rahsia ini tetap rahsia dan diekses kepada yang benar2 ndak tahu…

    KNB: Ada juga benarnya.

  73. Syah_upm86 berkata:

    wau..byaknye comment.topic hangit nie..
    em,aku stuju ngan pendapt korg. Sedar x, Malaysia nie nak wat sesuatu yg di luar kebolehan sendiri.kita merdeka baru je 51 tahun, tp nak wat sesuatu yg negara maju len wat,contohnya mcm hantar angkasawan tuh.Kita xleh nak mengejar negara2 maju cam Amerika,Jepun etc.Negara dorg dah stabil beratus2 tahun dlu. Teknologi kita belum smpai ke tahap nak hntar org ke bulan.tp dgn semangat ‘malaysia boleh’ la konon,kita bazir duit berjuta2 ringgit!
    Rkyat kita pon br 27 juta,klu x silap aku ar.2 x termasuk mat2 indon,bangla dan yg sewaktu dgnnye lg. Matlamat wawasan negara Maju 2020 kena dikaji semula. Kalu x, prasarana kt Malaysia kelas pertama,tp pemikiran rakyat kelas ketiga,kan haru jadinya..renung2kan dan selamat beramal..huhu

    KNB: Profesor Izi punya tagline memang masyhur. Haha.

  74. durin berkata:

    Kita ini adalah seperti yang mereka nilaikan. Mereka adalah seperti yang kita nilaikan. Tapi aku seperti yang aku rasa dan bukan seperti yang kamu rasa. Jika kamu cuba untuk memujuk aku dengan berkata, “Aku faham, apa yang kamu rasa”, itu adalah tanda bahawa kamu sudah mulai berbohong. Renungkan…….

    KNB: Pening baca madah. Haha.

  75. Ryehana berkata:

    Benda dah jadi… Everything happens for a reason. Kita akan ambil teladan…

    Ada positif jugak kan… Bagi inspirasi untuk generasimuda. =)

    KNB: Hidup sentiasa hitam putih.

  76. eman berkata:

    membazir..kalo RM95 juta tu bagi sama rata kat orang miskin kat rakyat malaysia,agak2 bape banyak sorang dapat?

    minyak tu xpyh tggu sampai 2010..kalo dah bertambah byk yang kufur ingkar kat malaysia nih,anytime je nikmat minyak tu bleh ‘ditarik’ balik..tgk kat iraq dah la..sorang pun xdapat,baik amerika baik org iraq sendiri..asyik la kena bomb je pipeline n kemudahan minyak dia..so,amik pengajaran!

    KNB: Insaf.

  77. nesra berkata:

    amboi..amboi ……sodap nye mulut memberi pandaangan…..hebat2 belaka…ha …ni mcik nak cakap sikit ye…..macam ni la ye……..macik dah macam2 dah tegok komen2 yang benci, komen yang suka dan ada komen yang memperli kerajaan malaysia……..whai……anak2, adik2, abang2, kakak2, ckgu2, prof2, dan bangsa2ku.. sekelian…sepatutnya kita bersatu dalam menykong negara kita , tanah air kita, bukan kerana mat saleh yang beri atikel “malay studpid”…semua dok kutuk malaysia…sepatutnya tahniah kepada negara kita…wlaupun kecil tetapi semangat tinggi dalam menaikan nama malaysia……wasalam..

    KNB: Baguslah makcik.

  78. blogmenjerit berkata:

    nesra, ingat free ke pojek angkasa ni? bersatu konon, pemimpin sendiri pun xbersatu

  79. sasa berkata:

    tu leee,undi lagi bn!!!!

  80. [...] begitu, bukan itu yang saya ingin utarakan. Setelah membaca blog khairulnizambakeri berkenaan Angkasawan Malaysia Bodoh oleh Backman, sedikit demi sedikit saya berasa sangat [...]

  81. ila berkata:

    iutulah orang melayu, suka mengkritik drpd memberi idea… kalau kita rasa kita pandai,apa salahnya kita memberi pandangan.jangan asyikdengan dunia kritikan semata-mata. kekadang kritikan itu berguna tetapi janganlah sampai kita sebagai orang melayu bertengkar sesama sendiri. kita perlukan kritikan yang dapat membina negara yang maju.tak perlulah kita mengkritik hanya untuk menyalahkan orang lain….

  82. HAN berkata:

    Tak baik kutuk kerajaan.Program yang bagus macamni lah yang kita patut beri sokongan sebab tujuan utamanya ialah untuk memberi inspirasi khususnya kepada generasi muda melayu supaya lebih berfikiran saintik,kreatif dan inovatif dan terkehadapan macam bangsa dinegara Eropah.Orang yang kata program ni membazir adalah seorang yang mindanya masih lemah dan jauh terkebelakang dan mesti langsung tak tau apa-apa tentang angkasa lepas..bagi saya beckman ini adalah salah seorang dari jutaan bangsa lain yang memandang rendah kepada bangsa melayu..dan dialah yang sepatutnya dipanggil bodoh dan juga kepada orang2 yang menyokong pendapatnya..tq.

  83. tra berkata:

    kenape nak kutuk kerajaan. byk faedah yg rakyat akan dapat dr program angkasawan negara. kecanggihan sistem komunikasi negara kesan dr penerokaan angkasa lepas, jadi apa salahnya negara hantar angkasawan ke angkasa lepas untuk mempetingkatkan lagi ilmu penerokaan angkasa lepas.
    tq.

    KNB: Kenapa? Tanyalah Backman. Hehe.

  84. jimi berkata:

    assalamualaikum KNB awak buat blog ni untuk buat kacau bilau ke? saya akan cari awak sampai dpat….pemusnah bangsa dan negara….

    KNB: Lot 1532, Kampung Padang Raja, 18500 Machang. Kalau dah sampai Kelantan, telefon saya dulu.

  85. nyapa berkata:

    lantak lah.di buat salah.tak buat d kata malas .

    KNB: Malas terbang ke angkasa?

  86. puteri berkata:

    apa ni michael backman orang melayu ada wawasanlah macamlah negara hang tu ada wawasan kut-kut hang tu yang tak de wawasan.sebab menghina orang melayu
    NEGARA SENDIRI TAK ADA WAWASAN!!!!MALAYSIA BOLEHHHH!!!negara hang tu gila,bodoh,tak ada wawasan

  87. akucumahamba berkata:

    aku sokong apa yg dikatakan backman nih…lantak la org nak maki aku lps ni tp aku ttp dgn pendpt aku gak.

    btl gak. duit yg diguna kerajaan m’sia nk antar angkasawan ni bkn sikit.1 hal.guna duit siapa??rakyat gak.bygkan brp ramai budak yg t’cicir sekolah bole sambung sekolah dgn duit byk 2.dlm kesan jangka masa panjang, bygkan brp ramai yg bole m’yumbang kpd negara?? bygkan brp ramai engineer, brp ramai angkasawan yg bakal dihasilkan oleh negara kita ni?

    1 lg…kita ni bajet je bangga kononnya kita dh ada angkasawan sendiri. tp yg dok m’bawa dia ke angkasa lepas ni mana ada consider dia angkasawan?? diorg cuma consider dia sbg participant, NOT an astronaut!

  88. sonia wong berkata:

    laaaaaaaaaaaaaaalala tumpng lalu

Leave a Reply

KNB…

  • is humbled by Pep's tactical prowess. A treble, still. 1 month ago

Yang Singgah

  • 168,015 klik!

Yang Lama