KNB

Buah fikir seorang pandir.

PROGRAM SUSU SEKOLAH = RACUN!

Cukuplah. Jangan jadikan anak-anak kita sebagai mangsa.

Enam pembekal. Tiga pengilang. Takkan itu pun susah nak jaga? Kerajaan bagi RM23.9 juta untuk Program Susu Sekolah (PSS) buat apa? Simpan susu dalam tong? Atau letak bawah katil sebelum hantar kepada sekolah.

Bukan sedikit jumlah anak-anak kita yang mereguk. 560,169 murid di lebih 6,000 buah sekolah ‘menikmati’ susu yang sama. Bagaimana nak lahirkan generasi sihat kalau susu yang kita bagi pada anak-anak kita pun beracun, basi, masam, dan sewaktu dengannya?

Terbaru, 60 murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kupang mengalami sakit perut dan muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas minum susu kotak yang disediakan oleh pihak sekolah.

Pada hari yang sama 74 murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok turut mengadu sakit perut dan muntah selepas minum susu semasa sarapan di kantin sekolah. Apa ini?

Sikap culas pembekal dan pengilang ini perlu dikenakan tindakan tegas. Nampak benar mereka tidak endah dengan budak-budak ini. Program ini pernah digantung pada 22 Mei dan disambung operasi pada 15 Julai.

Ya, dan kurang sebulan selepas itu – anak-anak kita kembali muntah dan cirit di Kedah dan Kelantan.

Pak Menteri kata susu ini semua di bawah jagaan pembekal sehingga susu sampai di sekolah.

Nah, kalau sudah tahu mereka tak pandai jaga susu, jangan bagi lagi. Lantik orang lain. Atau kerajaan sendiri boleh tubuh satu unit sendiri untuk jaga susu.

Ini perkara penting. Benda mengalir dalam tenggorok terus ke perut. Jadi bekal masa belajar. Terang mata dan hati. Kerajaan perlu jaga sendiri kalau tidak mahu anak-anak kita muntah lagi.

Filed under: Sekolah

2 Responses

  1. Generasi 1969 PSS berkata:

    cakap senang lah,,,,Projek ini dah berjasa kepada rakyat 20 tahun,,,,,23.9 juta untuk murid melayu yang kurus kedenking…..majoriti yang dapat og melayu…bangsa kita jugak. Cina bagi anak dia cheese kita mampu ker….Cina bagi anak depa vitamin kita mampu titu ker!!

    Kau orang ni semua tak berpikir sebelum hentam….cakap tu kaji dulu sejarahnya dan implikasi kalau nak ban….

    Bagi pengilang supply mampuslah duit kita keluar ke Holland, New Zealand………ingat menteri bodoh ke….penender tu bangsa Melayu jugak.dah rezeki dia biarlah depa bantu………

    KNB: Hidup UMNO!

  2. [...] suka membaca blog saudara Nizam dari UiTM, antaranya termasuklah isu berkenaan program susu sekolah. hmm… tidak banyak yang saya boleh katakan kerana semua maklum tentang perkara [...]

Leave a Reply

KNB…

  • is humbled by Pep's tactical prowess. A treble, still. 1 month ago

Yang Singgah

  • 168,015 klik!

Yang Lama